Sunday, February 20, 2011

Bila Penggila Trafik Bercakap Mengenai Kebenaran


Maaf kepada semua yang dok lalu lalang kat sini. ed tak dapat nak online untuk beberapa hari ni disebabkan kerja yang terlampau banyak. Lepas subuh tadi ed selak2 dekat gengblogger dan terjumpa 1 tajuk menarik yang berbunyi. Bloggers Chat Room - Curi Duit Blogger Tiap Bulan?.  ada baca tak?

Ed dah pun baca apa yang dikatakan dalam blog tersebut. tapi sayang sekali entri tersebut sekadar entri hasutan ataupun entri penyedap bagi orang masuk kedalam blog dia.  Kenapa ed cakap macam ni? sebabnya korang tengok saja kat bahagian komen dia. ramai dok berceramah kat situ. Kesimpulan yang ed dapat buat kat sini. Tuan blog itu tak buat penyelidikan terlebih awal dengan menanyakan kepada ahli2 chatroom itu sendiri..

Apa keuntungan tuan punya blog kalau buat entri palsu macam tu? ok ed terangkan lagi. 

1) Tuan blog itu akan meminta entri balas dari mana2 ahli chatroom untuk membalas balik entri yang telah dikeluarkannya. jadi semestinya entri balas itu akan beri backlink kepada tuan punya blog tersebut. 

2) Bagi meredakan kekecohan, tuan blog itu akan mengeluarkan 1 lagi entri yang berupa permohonan maaf terhadap ahli2 chatroom tersebut, dan secara tidak langsung akan masuk lagi trafik ke dalam blognya.

3) Untuk yang tidak mengetahui hal sebenar, mereka akan menganggap tuan punya blog itu sebagai hero kerana merungkai perkara sebenar. padahal perkara yang sebenar pun  dia tak tahu. I hate this type of person.

Jadi sekarang dimanakah kebenarannya wahai penulis blog tersebut? kau hanya memburukkan nama kau sendiri dengan menfitnah orang demi untuk mendapatkan trafik. Tak puaskah kau dengan yang sedia ada.


Bila dah nama penggila trafik, bermacam2 cara yang ia akan guna. huh. sebab itulah ramai yang tak tahan dengan dunia blogging sekarang, ada yang guna autoblogwalkinglah, iframelah dan sekarang entri palsu. 

Sebelum terlupa, haritu CL ada ajak lepak2 kat chatroom tu, tapi maaflah ye, sangat sibuk, jadi kepada yang dok baca ni berminat nak chat kat sana klik bawah ni.
Kepada penggila trafik semua, watch out bebeh!..


9 comments:

Rahwana said...

Macam2 jalan nak cari trafick.gua perlu banyak lagi blajar.thank's bro dah tunjuk cara dapat link

diana said...

dia nak jadi hero la tu..
tapi tak kena gaya..
hahah

►AdamXis◄ said...

Assalam...betul tuu...penulis entry yang kurang cerdik tuu mungkin tak tahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai JURUS persilatan berbuah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.aka die boleh disaman...ade beza bongkar secara umum dengan serangan atau tuduhan secara peribadi terhadap organisasi atau org perseorangan...jgn bermain2 dengan api...kelak membakar diri...hu3

sicomot-comel said...

owh..
kadang2 SCC tak perasan pun SCC kena tipu kat dunia blog ni..
huhuhu

mykhalis said...

serius kagum dengan post nie

Yiedpozi said...

Nice entri, bro.. Yied tau dah siapa yang bro maksudkan tu.. Dah baca dah entri dia... Huhu... Anyway, Yied kagum dengan entri bro...

*Kalau bro pasang widget blogwalking Yied punya, memang dah lama dah entri ni masuk situ...

Siti Safiyyah said...

heh blogger camtu la JT panggil blogger heroic..sabo jela..

DaHLia said...

ermm siapakah??
tak tahu citer pown,,,heheh

Ed Kousuke said...

uit.. cikgu dahlia sampai kesini juga.. terasa bangga seketika. haha. adalah sorang tu semalam. nanti tanya ahli bcr ya.