Wednesday, February 16, 2011

Kemana Perginya Budaya Kita?

Setiap saat akan berlakunya perubahan yang agak tak menyenangkan dalam budaya kitae Kalau diikutkan zaman dulu dgn sekarang jauh bezanya. mungkin orang akan cakap. "janganlah nak samakan dulu dgn sekarang. kita kenalah ikut trends semasa". Why not kita tak boleh nak samakan. mungkin ade sesetengah benda dari zaman dulu kita boleh apply kat zaman sekarang ni.

Kalau kita tengok cara percakapan orang zaman sekarang ni agak lancang sikit bunyinya. wa lu waklu. haha. memang kelakar tapi bunyi macam kurang ajar pun ade. Tak payah nak bezakan laki ataupun perempuan. semuanya sama je sekarang ni. Ed pun kalau bercakap biasa bahasakan diri sebagai saya or nama.. lagi2 dekat orang yang tak brape nak kenal. Kalau dah kenal tu aku kau je la kan. sekurang2nya ada la jugak bahasa tu.

Amalan kunjung mengunjung. ni bukan cerita pasal blogwalking ye. haha.. kunjung-mengunjung sesama jiran tetangga pun sudah kurang kalau kite dpt lihat sekarang ni. Serius kata. ed pun jarang mengunjung rumah orang, sebabnya kalau selalu mengunjung nanti orang kata orang pulak kan. haha.

Dan yang paling serius sekarang ni bab pakaian. ade jugak ed baca kat mana2 blog cerita pasal ni. Ni ed punya cerita. setiap kali ed nak keluar pergi mane2. kalau nampak yang seksi2 sikit tu rasa macam geli geleman je. kadang2 kalau tgk sekali tu trus berpaling muka.. berderau darah ni dibuatnya. serius kata ni. bukan main2. lagi2 kalau nampak yang badan berisi tu. ish.. tgh menaip ni pun boleh berderau kalau fikirkan balik..

Kesimpulan yang ed boleh buat. Budi bahasa, amalan kunjung mengunjung dan juga cara pemakaian yang sopan amatlah perlu dititik beratkan supaya budaya yang berasal dari nenek moyang kite dulu ni takkan hilang ditelan zaman.. Macam apa yang bang Tuah pernah kata. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".. tapi bang tuah tu wujud ke sebenarnya?? haha


Sesape nak join Ed punya bloglist boleh klik sini

3 comments:

The Crow Empire said...

Bukan sekadar Melayu. Cina dan india pun mengalami hal yg sama. Adab semakin luntur. Mungkin revolusi adab dari zaman ke zaman.

Atau dah jadi seperti mesir. baru kite bersatu. koh3..

(^___^)

Hanis Azla said...

betullah, semua nak berubah kononnya nak ikut perubahan zaman dan trend terkini.. tp bab akhlak taknak pula berubah kepada yg lebih baik kan..

diana said...

ikut pesyen la tu konon nye..
padahal dah macm
ape entah..
zaman sekarang ni ketat2 baru cntik..
gamaknye...