Monday, February 21, 2011

Blog Ini Dibuat Hanya Untuk Merungkai Isu Semasa Sahaja

Seperti yang ed pernah beritahu sebelum ini, ed buat blog ni bukanlah untuk bercerita kisah hidup ed ataupun kisah-kisah dongengan. ed cuma menggunakan blog ini untuk merungkai isu2 semasa yang semakin bermaharajalela di dalam dunia blogging dan nyata saja. walaupun ed masih lagi baru dalam bidang ini, tapi bagi ed, baru tak semestinya tidak tahu apa2. sebab setiap benda yang kita nampak kita belajar dan selepas kita belajar kita aplikasikan, kemudian kita turunkan kepada orang lain pula. dan semestinya benda yang hendak diturunkan itu mestilah yang baik-baik belaka.

Ed bukanlah mahu terkejar2 sangat pada trafik, ada offer yang ed dapat untuk menaikkan lagi blog ini dengan cara meletakkan widget-widget blogwalking. tapi awal-awal ed minta maaf sebab kalau ed letak semua widget blogwalking maknanya, ed sama saja dengan mereka yang terkejar-kejar trafik. Lantaklah blog ni lambat naik ke apa, yang penting blog ini naik atas usaha sendiri, bukan dari bantuan mana2 alat. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang ed buat tinggal saja komen dibawah. sekurang-kurangnya ed tahu mana yang silapnya nanti.

Walaubagaimanapun, ed masih mengharap sokongan daripada blogger-blogger yang ada untuk terus membantu ed bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ed ada. Cukuplah dulu sampai disini. jumpa lagi di lain isu.

Antara post yang ed telah buat sepanjang beberapa hari:


Sunday, February 20, 2011

Bila Penggila Trafik Bercakap Mengenai Kebenaran


Maaf kepada semua yang dok lalu lalang kat sini. ed tak dapat nak online untuk beberapa hari ni disebabkan kerja yang terlampau banyak. Lepas subuh tadi ed selak2 dekat gengblogger dan terjumpa 1 tajuk menarik yang berbunyi. Bloggers Chat Room - Curi Duit Blogger Tiap Bulan?.  ada baca tak?

Ed dah pun baca apa yang dikatakan dalam blog tersebut. tapi sayang sekali entri tersebut sekadar entri hasutan ataupun entri penyedap bagi orang masuk kedalam blog dia.  Kenapa ed cakap macam ni? sebabnya korang tengok saja kat bahagian komen dia. ramai dok berceramah kat situ. Kesimpulan yang ed dapat buat kat sini. Tuan blog itu tak buat penyelidikan terlebih awal dengan menanyakan kepada ahli2 chatroom itu sendiri..

Apa keuntungan tuan punya blog kalau buat entri palsu macam tu? ok ed terangkan lagi. 

1) Tuan blog itu akan meminta entri balas dari mana2 ahli chatroom untuk membalas balik entri yang telah dikeluarkannya. jadi semestinya entri balas itu akan beri backlink kepada tuan punya blog tersebut. 

2) Bagi meredakan kekecohan, tuan blog itu akan mengeluarkan 1 lagi entri yang berupa permohonan maaf terhadap ahli2 chatroom tersebut, dan secara tidak langsung akan masuk lagi trafik ke dalam blognya.

3) Untuk yang tidak mengetahui hal sebenar, mereka akan menganggap tuan punya blog itu sebagai hero kerana merungkai perkara sebenar. padahal perkara yang sebenar pun  dia tak tahu. I hate this type of person.

Jadi sekarang dimanakah kebenarannya wahai penulis blog tersebut? kau hanya memburukkan nama kau sendiri dengan menfitnah orang demi untuk mendapatkan trafik. Tak puaskah kau dengan yang sedia ada.


Bila dah nama penggila trafik, bermacam2 cara yang ia akan guna. huh. sebab itulah ramai yang tak tahan dengan dunia blogging sekarang, ada yang guna autoblogwalkinglah, iframelah dan sekarang entri palsu. 

Sebelum terlupa, haritu CL ada ajak lepak2 kat chatroom tu, tapi maaflah ye, sangat sibuk, jadi kepada yang dok baca ni berminat nak chat kat sana klik bawah ni.
Kepada penggila trafik semua, watch out bebeh!..


Wednesday, February 16, 2011

Sebelum Bercakap Pandang Diri Dulu

Sebenarnya banyak kes-kes yg macam ni kite boleh nampak kat sekeliling kite,. Toksah dikata dalam blog, dalam rumah pun kadang2 ade jugak. Tapi kebanyakannye benda ni biase berlaku di luar rumah. Orang macam ni biasanye digelar cakap tak serupa bikin.

Jom kite tengok situasi2 kat bawah ni, lebih kurang je kot..

Situasi 1:
Adam tengah berjalan2 bersama kekasihnya si Syuwai. Syuwai plak sememangnya seorang yang seksi.

Adam: u ni. lain kali cubalah pakai sopan sikit. segan tau i orang asyik pandang2 je.

Syuwai: Eleh, u pun ape kurangnya, setiap kali keluar asyik pakai seluar pendek je nampak lutut..

teeeeet

Situasi 2:
Pelakon popular bintang tahunan, si Fariq berlakon dalam kisah percintaan 2 sejoli . bergandingan pulak dengan bintang hot sensasi masa silam Aisya Humaira..

Fariq: Astaghfirullah al azim. kamu ni cubalah jaga sikit perlakuan tu depan orang ramai. jangan asyik tergedik2 melompat sana sini. macam ungka dah saya tengok.

Aisya Humaira: Eleh, yang u dok terangguk2 kepala lyn lagu dalam disko ni tak macam ungka jugak ke?

teeeeet

Hahaha.. sebelum mengingatkan orang, ape kata kite tgk diri kite dulu, tak salah nak ingatkan  orang, cumanya bila benda tu mantul balik kat kite, ape nak dijawab nanti.. haha. pada tuan punya nama jangan marah ye. contoh je..  peace


Sesape nak join Ed punya bloglist boleh klik sini




Kemana Perginya Budaya Kita?

Setiap saat akan berlakunya perubahan yang agak tak menyenangkan dalam budaya kitae Kalau diikutkan zaman dulu dgn sekarang jauh bezanya. mungkin orang akan cakap. "janganlah nak samakan dulu dgn sekarang. kita kenalah ikut trends semasa". Why not kita tak boleh nak samakan. mungkin ade sesetengah benda dari zaman dulu kita boleh apply kat zaman sekarang ni.

Kalau kita tengok cara percakapan orang zaman sekarang ni agak lancang sikit bunyinya. wa lu waklu. haha. memang kelakar tapi bunyi macam kurang ajar pun ade. Tak payah nak bezakan laki ataupun perempuan. semuanya sama je sekarang ni. Ed pun kalau bercakap biasa bahasakan diri sebagai saya or nama.. lagi2 dekat orang yang tak brape nak kenal. Kalau dah kenal tu aku kau je la kan. sekurang2nya ada la jugak bahasa tu.

Amalan kunjung mengunjung. ni bukan cerita pasal blogwalking ye. haha.. kunjung-mengunjung sesama jiran tetangga pun sudah kurang kalau kite dpt lihat sekarang ni. Serius kata. ed pun jarang mengunjung rumah orang, sebabnya kalau selalu mengunjung nanti orang kata orang pulak kan. haha.

Dan yang paling serius sekarang ni bab pakaian. ade jugak ed baca kat mana2 blog cerita pasal ni. Ni ed punya cerita. setiap kali ed nak keluar pergi mane2. kalau nampak yang seksi2 sikit tu rasa macam geli geleman je. kadang2 kalau tgk sekali tu trus berpaling muka.. berderau darah ni dibuatnya. serius kata ni. bukan main2. lagi2 kalau nampak yang badan berisi tu. ish.. tgh menaip ni pun boleh berderau kalau fikirkan balik..

Kesimpulan yang ed boleh buat. Budi bahasa, amalan kunjung mengunjung dan juga cara pemakaian yang sopan amatlah perlu dititik beratkan supaya budaya yang berasal dari nenek moyang kite dulu ni takkan hilang ditelan zaman.. Macam apa yang bang Tuah pernah kata. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".. tapi bang tuah tu wujud ke sebenarnya?? haha


Sesape nak join Ed punya bloglist boleh klik sini

Ed Pun Nak Bukak Bloglist Jugak

Haha. rasa kelakar plak tajuk kat atas tu. semalam dapat komen dari seorang blogger yang suka senyum-senyum.. haha.. dia tanya mana bloglist ed? ha maklum la baru lagi mana nak ada bloglist kan. jadi hari mi boleh la kiranya ed pasang bloglist kat blog.

Oleh sebab ed masih baru. jadi ed tak berapa familiar lagi dengan blog2 yang ada jadi edi ngat nak buat gini je la.  ed nak bukak 2 bloglist , 1 utk laki 1 utk perempuan. mungkin dalam 25 blog setiap bloglist.. eh tapi bukan sesenang tu je ed nak bagi orang masuk. mesti ade syarat jugak. ed pun blaja juga dari post2 org yang selalu buat pasal bloglist ni. jadi syarat2 nak masuk dalam bloglist ed:
  • Blog mestilah tidak terlampau personal. 
  • Selalu post pasal isu semasa. (tak wajib tapi amat digalakkan)
  • Bukan blogshop atau blog lucah.
  • Letak blog ed kat bloglist korang (sunat)
  • Kalau lepas syarat yang mudah ni. letak link korang kat kotak komen.

Okay tu je. simple je kan. walaupun nampak macam  berpeluh sikit. Dan apa yang ed boleh gerenti kat korang kalau masukkan ed dalam bloglist korang.
  • Ed memang kurang bercerita pasal personal kat orang.
  • Cuba mengupas isu2 semasa.
  • Ed akan selit2kan nama blogger yang selalu singgah sini drop komen.

Kepentingan yang boleh dapat antara 2 pihak.
  • Ed akan terjah setiap entri baru korang kalau ed online.
  • Ed akan cuba drop komen kat setiap entri yang ed baca.

Perghh.. macam bagus sangat je ed ni kan. padahal blog baru 3 hari. tapi ni la yg ed blaja sepanjang 3 hari dekat dunia blog ni. ed geledah semua entri orang. cari input yang menarik supaya ed boleh setaraf dengan diorang. Okaylah ed tunggu penyertaan dari korang ni..

update : lagi 22 blog lelaki dan 17 blog perempuan

Tuesday, February 15, 2011

Cakap Biar Berlapis... Salah Tapis Susah Nak Tepis


Hai semua. macam mana sambutan maulidur rasul kat tempat masing? orait? bagus2 alhamdulillah.. Ed cuma duduk rumah je harini sebab tak nampak pulak aktiviti yang berlangsung kat kawasan setempat ni. kalau ada boleh la juga menyemakkan diri kat sana..

Hari ini saje nak cerita pasal cakap berlapis ni. bukan ape. kalau kite tgk kat mana2 pun. orang cakap dah tak pakai tapis dah. main lepas je. lagi2 dengan member2. bukan ape. kadang2 pernah tak kite terfikir ape perasaan orang tu. Serius ed cakap. ed kadang2 pun ada juga ckp main direct je tapi tak ade la sampai nak usik perasan seseorang. 

Bila sebut hal yang personal. perlu ke kite nak bahan seseorang tu habis2. walaupun perangai seseorang tu kadang2 agak tak betul sikit. tak boleh ke kite tegur elok2. ni tak sikit2  nak bahan dia. mungkin kite tak rasa ape yg die rasa. tapi bile kite tgk je perubahan air muka dia pun patut kite dah boleh tau.

Ed cite ni berdasarkan pengalaman ed  la sepanjang hidup ni. bukan nak kata ed ni perfect.. cuma selagi kita boleh tapis percakapan kite. lakukanlah.. okaylah.. takde idea nak sambung.. daaa

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU


Sesiapa yang berminat nak join boleh terjah blog brother tough ni.. : Ben Ashaari

Yeah Basic Thing Done

Tak sampai 24 jam dah tak sabar nak buat post kedua. Baru je post entri pertama sudah mengenal erti seronok dalam berblogging ni Tiba2 dtg semangat nak buat gambar letak kat atas. Walaupun simple tapi nampak bersemangat bila tengok watak anime kegemaran iaitu Ueki Kousuke kat atas tu.. yah.. 

Boleh tak bagi ed list apa yang patut ada pada sesebuah blog supaya nanti ed dapat nak puaskan hati semua orang semasa berkunjung di blog baru ed ni. 

Salam perkenalan sekali lagi daripada Ed Kousuke kepada anda semua dan juga salam maulidur rasul buat semua umat Islam kat dunia ni..

Monday, February 14, 2011

Ed Juga Punya Cerita

Ehem-ehem. testing-testing 1 2 3. percubaan keyboard.. Yah akhirnya, dapat juga ed blog sendiri. di waktu yang agak sibuk dengan berbekalkan bb yang slow ni dengan mozilla musang api yang memang gerenti slow tabahkan hati juga untuk punya blog sendiri..

Seronok la tengok orang semua ada blog.. nak rasa juga punya blog sendiri untuk melepaskan tekanan kan.. Oleh sebab masih baru lagi.. harap ada yang sudi menolong ed dalam dunia blog ni. haha. malu lak rasanya nak kuar post pertama ni. maklum la. entah ada orang tengok ke tak..

Apa yang perlu dan tak perlu ye nak letak dalam blog? konpius la pulak. sebab tengok-tengok banyak blog lain caranya. jadi susah nak ikut mana satu. takkan nak combine semua kan..  haha,, apa pun mengharap pada yang lama membantu yang baru ya..

Sebelum terlupa.. selamat menyambut maulidur rasul ye..

p/s: masih taktau nak gayakan penulisan. susah gak nak buat identiti sendiri ni rupanya.. haha