Monday, February 21, 2011

Blog Ini Dibuat Hanya Untuk Merungkai Isu Semasa Sahaja

Seperti yang ed pernah beritahu sebelum ini, ed buat blog ni bukanlah untuk bercerita kisah hidup ed ataupun kisah-kisah dongengan. ed cuma menggunakan blog ini untuk merungkai isu2 semasa yang semakin bermaharajalela di dalam dunia blogging dan nyata saja. walaupun ed masih lagi baru dalam bidang ini, tapi bagi ed, baru tak semestinya tidak tahu apa2. sebab setiap benda yang kita nampak kita belajar dan selepas kita belajar kita aplikasikan, kemudian kita turunkan kepada orang lain pula. dan semestinya benda yang hendak diturunkan itu mestilah yang baik-baik belaka.

Ed bukanlah mahu terkejar2 sangat pada trafik, ada offer yang ed dapat untuk menaikkan lagi blog ini dengan cara meletakkan widget-widget blogwalking. tapi awal-awal ed minta maaf sebab kalau ed letak semua widget blogwalking maknanya, ed sama saja dengan mereka yang terkejar-kejar trafik. Lantaklah blog ni lambat naik ke apa, yang penting blog ini naik atas usaha sendiri, bukan dari bantuan mana2 alat. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang ed buat tinggal saja komen dibawah. sekurang-kurangnya ed tahu mana yang silapnya nanti.

Walaubagaimanapun, ed masih mengharap sokongan daripada blogger-blogger yang ada untuk terus membantu ed bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ed ada. Cukuplah dulu sampai disini. jumpa lagi di lain isu.

Antara post yang ed telah buat sepanjang beberapa hari:


Sunday, February 20, 2011

Bila Penggila Trafik Bercakap Mengenai Kebenaran


Maaf kepada semua yang dok lalu lalang kat sini. ed tak dapat nak online untuk beberapa hari ni disebabkan kerja yang terlampau banyak. Lepas subuh tadi ed selak2 dekat gengblogger dan terjumpa 1 tajuk menarik yang berbunyi. Bloggers Chat Room - Curi Duit Blogger Tiap Bulan?.  ada baca tak?

Ed dah pun baca apa yang dikatakan dalam blog tersebut. tapi sayang sekali entri tersebut sekadar entri hasutan ataupun entri penyedap bagi orang masuk kedalam blog dia.  Kenapa ed cakap macam ni? sebabnya korang tengok saja kat bahagian komen dia. ramai dok berceramah kat situ. Kesimpulan yang ed dapat buat kat sini. Tuan blog itu tak buat penyelidikan terlebih awal dengan menanyakan kepada ahli2 chatroom itu sendiri..

Apa keuntungan tuan punya blog kalau buat entri palsu macam tu? ok ed terangkan lagi. 

1) Tuan blog itu akan meminta entri balas dari mana2 ahli chatroom untuk membalas balik entri yang telah dikeluarkannya. jadi semestinya entri balas itu akan beri backlink kepada tuan punya blog tersebut. 

2) Bagi meredakan kekecohan, tuan blog itu akan mengeluarkan 1 lagi entri yang berupa permohonan maaf terhadap ahli2 chatroom tersebut, dan secara tidak langsung akan masuk lagi trafik ke dalam blognya.

3) Untuk yang tidak mengetahui hal sebenar, mereka akan menganggap tuan punya blog itu sebagai hero kerana merungkai perkara sebenar. padahal perkara yang sebenar pun  dia tak tahu. I hate this type of person.

Jadi sekarang dimanakah kebenarannya wahai penulis blog tersebut? kau hanya memburukkan nama kau sendiri dengan menfitnah orang demi untuk mendapatkan trafik. Tak puaskah kau dengan yang sedia ada.


Bila dah nama penggila trafik, bermacam2 cara yang ia akan guna. huh. sebab itulah ramai yang tak tahan dengan dunia blogging sekarang, ada yang guna autoblogwalkinglah, iframelah dan sekarang entri palsu. 

Sebelum terlupa, haritu CL ada ajak lepak2 kat chatroom tu, tapi maaflah ye, sangat sibuk, jadi kepada yang dok baca ni berminat nak chat kat sana klik bawah ni.
Kepada penggila trafik semua, watch out bebeh!..


Wednesday, February 16, 2011

Sebelum Bercakap Pandang Diri Dulu

Sebenarnya banyak kes-kes yg macam ni kite boleh nampak kat sekeliling kite,. Toksah dikata dalam blog, dalam rumah pun kadang2 ade jugak. Tapi kebanyakannye benda ni biase berlaku di luar rumah. Orang macam ni biasanye digelar cakap tak serupa bikin.

Jom kite tengok situasi2 kat bawah ni, lebih kurang je kot..

Situasi 1:
Adam tengah berjalan2 bersama kekasihnya si Syuwai. Syuwai plak sememangnya seorang yang seksi.

Adam: u ni. lain kali cubalah pakai sopan sikit. segan tau i orang asyik pandang2 je.

Syuwai: Eleh, u pun ape kurangnya, setiap kali keluar asyik pakai seluar pendek je nampak lutut..

teeeeet

Situasi 2:
Pelakon popular bintang tahunan, si Fariq berlakon dalam kisah percintaan 2 sejoli . bergandingan pulak dengan bintang hot sensasi masa silam Aisya Humaira..

Fariq: Astaghfirullah al azim. kamu ni cubalah jaga sikit perlakuan tu depan orang ramai. jangan asyik tergedik2 melompat sana sini. macam ungka dah saya tengok.

Aisya Humaira: Eleh, yang u dok terangguk2 kepala lyn lagu dalam disko ni tak macam ungka jugak ke?

teeeeet

Hahaha.. sebelum mengingatkan orang, ape kata kite tgk diri kite dulu, tak salah nak ingatkan  orang, cumanya bila benda tu mantul balik kat kite, ape nak dijawab nanti.. haha. pada tuan punya nama jangan marah ye. contoh je..  peace


Sesape nak join Ed punya bloglist boleh klik sini